Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

09/08/2012

Menyalahgunakan Daun Ketum

Asal-Usul Pokok Ketum:
sumber : Pokok Ketum

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. 
Nama botani: Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.


Kesan Sampingan Mitragynine

Kesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi


• Ketiadaan minat

• Bosan

• Malas 


Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

• Ransangan

• Peningkatan tenaga fizikal dan batin

• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau 


• Kerja yang membosankan

• Suka bercakap, ramah, suka bergaul

• Mudah runsing




Penyalahgunaan Daun Ketum di muka akhbar:

Pemadam Cadang Kuatkuasa Lebih Ketat Penyalahgunaan Daun Ketum Dan Bahan Sedutan

MELAKA, 21 Jun -- Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penggunaan daun ketum dan bahan sedutan diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Racun 1952.

Setiausaha Kehormat Pemadam cawangan Melaka, Kasim Dollah berkata penyalahgunaan daun ketum dan kegiatan seperti menghidu gam semakin serius sekarang tanpa terdapat akta khusus bagi menanganinya.

"Usul mengenai cadangan ini akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Pemadam Kebangsaan ke-36 yang akan berlangsung di Melaka Sabtu ini," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan perhimpunan tersebut yang akan diadakan sempena Hari Dadah Antarabangsa di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka.

Perhimpunan yang bertemakan "Hari Ini Anak Dia, Esok Mungkin Anak Anda" dijangka dihadiri lebih 1,800 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Kasim berkata Pemadam juga akan mencadangkan penubuhan Majlis Badan Bergabung iaitu gabungan usahasama antara badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan bagi melaksanakan Pelan Baru Tindakan Sifar Dadah 2015.

Cadangan lain yang akan dikemukan ialah kajian semula terhadap pelbagai usaha rawatan dan tindakan susulan berkaitan pemulihan penagihan dadah termasuk mengenal pasti pendekatan dan model baru rawatan alternatif yang lebih berkesan, katanya.

Jelas air daun ketum membawa banyak kesan buruk seperti;
>susut berat badan
>insomnia
>anoreksia
>bibir menjadi kering
>sembelit atau kesukaran membuang air besar
>kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya


sumber gambar di atas : Berita Di Perak

Hukuman

• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=16

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_content.jsp?lang=mental&storyid=1207645987458&storymaster=1207645987458

1 comment:

Amanda said...

Ojalá a través de investigaciones como la que comparten en su país se pudiera debatir el si debe ser el kratom es legal en mexico... muchas gracias por tu información y saludos.