Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

10/07/2012

Faktor Keluarga Mempengaruhi Penyalahgunaan Dadah di kalangan pelajar sekolah

Ringkasan:

Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2008), di dalam jurnal beliau yang bertajuk "Pattern of Substance and Drugs misuse among the youth in Malaysia." , pelajar-pelajar sekolah yang tidak lagi bersekolah atau dikenali sebagai schools' drop out didapati lebih banyak terlibat di dalam penyalahgunaan dadah berbanding yang masih bersekolah. sehubungan dengan itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan keluarga tidak mempunyai hubungan dengan penyalahgunaan dadah yang mana ia menyokong kajian lepas iaitu Wasiat (1992), Barnes (1990) dan Clifford (1989). Walaubagaimanapun, dengan pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh remaja sekolah kini, aspek kewangan merupakan salah satu aspek penting bagi menjamin keluarga yang harmoni. sebagai contohnya, jika sesebuah keluarga menetap di kawasan yang kurang gejala sosial seperti pelacuran dan penagihan dadah, pastinya anak-anak mampu mendapat didikan yang lebih sempurna. Ini telah disokong oleh Omardin (1996) yang menegaskan bahawa persekitaran fizikal dan persekitaran psikologi mampu mempengaruh tingkah laku pelajar. Sebagai contohnya, keperluan asas seseorang pelajar iaitu makanan, minuman, tempat tinggal dan alam sekitar yang selesa. kelakuan buruk seseorang pelajar pula dikaitkan dengan hubungan signifikan di antara faktor kelakuan buruk dan ketiadaan wang untuk membeli keperluan sekolah dan ibu bapa yang sering bergaduh (Green Comprehensif School, 1972).



                                                          


(gambar hiasan)


No comments: