Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

Misi, Visi, Matlamat dan Objektif



Misi

mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat daripada sebarang ancaman najis dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang berkesan dalam memastikan murid bebas daripada pengaruh dadah.

Visi


"Sekolah Bebas Dadah 2012"



Matlamat
matlamat pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid, guru dan ibu bapa supaya menjauhi najis dadah bagi merealisasikan hasrat menjadikan sekolah bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2012.


Objektif
1. meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.

2. membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dan sudut fizikal, emosi, mental dan rohani.

3. membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

4. memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan yang terlibat dan badan bukan kerajaan berkaitan.

No comments: