Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

31/07/2012

Sebagai Panduan : Pekeliling

Bil
TAJUK / PERKARA
ISI KANDUNGAN
1.
AKTA PENDIDIKAN 1996(AKTA 550),PERATURAN-PERATURAN & KAEDAH-KAEDAH TERPILIH
Seksyen 65: Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid

(i)Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberi oleh seksyen 64 Menteri hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat demikian, mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada lat tempoh yang sesuai ke atas murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.
(ii )    Seseorang pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alas an yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
2
SURAT PEKELILING IKHTISAS NO 7 /1975 KP .8548/8/(67)BERTARIKH 19 HB Ogos 1975 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA – Salahguna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru panduan dan Guru Besar
Perkara
2 Tindakan –tindakan yang harus diambil
2.1  Rujukan sendiri (self-referral)
2.1.1  Kes ini mengenai seorang murid dengan            Kemahuan sendiri berjumpa guru panduan
  Atau mana-mana guru sekolah.
2.1.2     Kes ini mengenai seseorang yang menyatakan Masalahnya berhubung dengan    percubaan
Penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan
 Perkara ini dirahsiakan
2.2  Rujukan oleh Guru-guru / Murid
2.2.1   Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk
 ditemuramah.
2.   Rujukan Dibuat Atas keputusan Tindakan   
 Disiplin
2.3.1  (a) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang   Masalah kepada guru besar dan ibu bapa/Penjaga
 (b) Mustahak merujuk murid itu kepada agensi-
 agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan 
3.   Checking Tindakan yang harus diambil oleh
 Guru panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar
4.   Dadah-dadah yang disalahgunakan pada masa
  a. Ganja (marijuana) b. Heroin  c. Morfin d. Pil M
  dan Pil MX e. Tranquilisers f. Hallucinogen          
         
3
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1979 : Ruj. KP(BS)8786-51/Jld IV/(20)bertarikh Mac 1997 – Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang memerlukan Pertolongan.
Perkara
2.  hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilapurkan  
3.  Bagi maksud surat pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko.
(a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantong kepada dadah.
(b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada ajensi-ajensi yang ditugaskan oleh kerajaan(Misalnya – Doktor Swata, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain)
(c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
(d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguakuasa atau pihak sekolah kerana mempunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor kerajaan
(e) Murid-murid   yang bercampur dengan kumpulan dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan / pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama.
(f) Lain-lain pengesahan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.
(5) Mengarah sekolah menghantar lapiran 3 kali setahun.
4
SURAT PEKELILING IKHTISAS Am BIL 1/1985 : Ruj PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985 -  program-program mencegah Dan membasmi kegiatan Penagihan dadah Di Agensi-agensi kerjaan
Perkara
(1) Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut pekeliling Perkhidmatan Bil 10 tahun 1994 bertarikh 25hb Oktober 1984.
 (2) Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap kementerian, Jabatan dan badan kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing dengan program
(i) Program Pencegahan : bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pengawai dan kakitangan kerajaan
(ii) Program Pembasmian : bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.
JAWATANKUASA ANTI DADAH
(3) Satu Jawatankuasa Anti dadah hendaklah ditubuhkan di tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan termasuk di peringkat persekutuan, Negeri dan Daerah
(4) dan (5) Keanggotaan Jawatankuasa
(6) Bidang tugas Jawatankuasa Anti Dadah yang dicadangkan
6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah, risalah-risalah kecil, pameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah.Untuk mengadakan ceramah-ceramah tentang keburukan dadah bantuan Jabatan Agama di peringkat yang berkenaan boleh diminta.
6.2. Merangka dan melaksana program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan.
6.2.1 mengadakan satu system untuk mengenalpasti kakitangan-kakitangan yang terlibat dengan dadah
6.2.1.1 menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa, Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan.
6.2.1.2 menganjurkan supaya diadakan Ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama pegawai Pemulihan Dadah Kementerian Dalam Negeri.   
5
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1986 : KP(BS)8548/8/1/(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahangunaan Inhalan
Perkara
(2) Kementrian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil “PENYALAHANGUNAAN INHALAN” panduan untuk para guru.
(3) Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahangunaan inhalan ini, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi :
3.1 Sebarang maklumat mengenai inhalan seperti buku-buku kecil, risalah, poster, Video, Filem dan sebagainya, hendaklah ditentukan tidak sampai ke tangan pelajar.
3.2 Penggunaan bahan-bahan inhalan yang terdapat di sekolah hendaklah dikawal rapi   dan ditentukan tidak disalahgunakan oleh pelajar.
3.3 Jika terdapat kes-kes menyalahgunakan inhalan di kalangan pelajar ia hendaklah dikendalikan melalui proses menolong dengan penuh hati-hati tanpa diheboh-hebohkan, dimana kebajikan dan kesejahteraan pelajar tersebut hendaklah diutamakan.
(4) Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti
4.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya
4.2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, nasihat/kaunseling individu/kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-lain yang bersesuaian unrtuk mengubah sikap.
4.3 Ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi.
4.4 Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai kebajikan sekolah, Rawatan dan Pemulihan, perubatan, Polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Sekolah/Daerah, PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan
6
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1988 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.iii/(3) bertarikh 3 Februari 1988 – Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)
Perkara
(2). Untuk tujuan tersebut Kementerian pendidikan telah melancarkan program SLAD pada 27 Mac 1986.
- SLAD merupakan satu program PPDa yang telah diperakui dalam Rancangan BertindaK Anti Dadah Negara  yang dirangka oleh Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
- Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan berpakaian seragam seperti pengakap, Pandu Puteri, pergerakan Puteri Islam, St John Ambulan dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran ini.
(3)  Buku Log akan diberi percuma oleh Kementerian Pelajaran dan disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin
(4) Sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemaskan dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum SLAD.
7
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL . 7/1992 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.Vii/(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-sekolah
Perkara
Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat jemaah menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe)daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai.
8
SURAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995 – Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah dan Menengah
Perkara
(2) Mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun iaitu sempena dengan hari Anti dadah kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan hari Anti dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun setiap tahun.
9
SURAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ruj.KP(BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar Sekolah.
Perkara
(2) Pihak kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan Ujian urin sekolah melalui Kaedah Ujian Pantas Urin (kertas Jalur)dan kaedah makmal.Kaedah ujian pantas urin merupakan ujian Saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan Ujian Pengesahan.
(3) Bahagian sekolah juga  menerima laporan Jabatan Pelajaran Pendidikan Negeri dan pihak Agensi AADK
(4) Kajian kes ini perlu dikendalikan bersama dengan AADK Negeri
(5) Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT DAN HANYA PERLU DIKETAHUI OLEH Pengetua, Guru Penolong Kanan(HEM), Guru Disiplin dan Kaunselor sekolah.
10
SURAT JABATAN PENDIDIKAN SARAWAK Ruj. 14/JP/1772/SULIT/6  bertarikh 14 Ogos 1998 – Tatacara Tindakan Ke Atas kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Sekolah
Perkara
(2) Tujuan
(3) Takrif  Dadah / mengguna Dadah / Murid / Masa Persekolahan / Semasa Di Sekolah
(4) Panduan bertindak untuk mengendali masalah mengguna dadah di sekolah-sekolah.
4.1 Murid mengaku terlibat mengguna dadah seperti menagih dadah
4.2 mendapat maklumat/rujukan mengenal adanya murid terlibat menggunakan dadah
4.3 Murid yang disyaki dan/atau mempunyai tanda-tanda menggunakan dadah(rujukan ;lampiran c)
4.4 Murid disyaki memiliki dadah tanpa bukti jelas
4.5 mendapat maklumat/rujukan mengenai ada murid memiliki dan mengedar dadah
4.6 Murid didapati memiliki dadah
4.7 Keadaan kecemasan akibat penggunaan dadah
4.8 Orang luar disyaki / menjual atau mengedar dadah dalam kawasan sekolah
4.9 Murid yang dikesan positif urin mengandungi dadah dalam ujian saringan
(5) Laporan
(6) Rujukan untuk  Pengetua / Guru besar
11
SURAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ruj. KP(BS/HEP)8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos 1998 – Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk
Perkara
(2) Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pendidikan negeri dengan kerjasama Agensi Dadah kebangsaan negeri-negeri sedang melaksanakan akativiti pengesanan secara aktif ke sekolah-sekolah. Laporan perlu dihantar empat bulan sekali
i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes berlaku 1 Januari hingga 30 April
ii) Laporan Suku Tahun kedua – Kes yang berlaku 1 Mei hingga 31 Ogas
iii) Laporan suku Tahun ketiga Kes berlaku di antara 1 September hinggga 31 Disember
(3) Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan
12
SURAT PEKELILING IKHTISAS  Ruj KP(BS)8591/Jld.XV11(3) 1 Mac 2004 – Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
Perkara
Bertujuan untuk memaklumkan tentang usaha-usaha memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
(2) Dalam memperkasa PPDa sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan melalui empat strategi utama.Strategi yang dimaksudkan ialah melalui pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, korikulum dan pembangunan sahsiah.
(3) Bagi menjayakan program di sekolah, kompenan pengurusan berikiut hendaklah dijalankan
a. Menubuhkan Jawatan kuasa induk PPDa di Peringkat negeri/bahagian/daerah dan sekolah
b. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana PPDa di peringkat sekolah
c, menyenarai dan melaksanakan program akativiti PPDa
d. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah    

 e. Membuat pemantauan dan penilaian

f, Menyedia laporan

13
AKTA 283 – BAHAGIAN 2 PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)











AKTA 283 -  BAHAGIAN 3 RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH-PENAGIH DADAH YANG MENJALANINYA DENGAN SUKARELA
Penahanan penagih dadah yang disyaki untuk ujian-ujian
3. (1) Seseorang pegawai boleh menahan dalam jagaan mana-mana orang yang munasabah disyaki sebagai penagih dadah
3. (2) Seseorang yang ditahan dalam jagaan di bawah subseksyen (1) boleh ditahan selama tempoh tidak lebih daripada 24 jam di mana-mana tempat yang sesuai bagi maksud menjalani ujian-ujian.
4 (1) (a) dan (b) (2) Membawa ke hadapan Majistret jika ujian-ujian tidak dapat disiapkan dalam masa dua puluh empat jam
5 (1) (2) Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian.
6 (1) (a) (b)(2) (3) (4) (5) Perintah majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah.

 8. (1) (2) (3) (4)Prosedur bagi rawatan dan pemulihan dadah yang menjalaninya dengan sukarela
(5) (1) (2) Prosedur bagi rawatan dan pemulihan dadah yang belum dewasa dan baginya bantuan dikehendaki.
14
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 47/JP/1248/35 BERTARIKH 1 Julai 1998 – Senarai semak pemantauan pendidikan pencegahan dadah di sekolah
Perkara
3 Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program PPDa di sekolah, pegawai pendidikan PPDa Jabatan Pendidikan Bahagian dipohon memantau seboleh-bolehnya 5 sekolah menengah dan randah dalam setahun.


sumber: Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

No comments: