Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

12/07/2012

HIV dan golongan wanita

Menurut Global AIDS Response-Malaysia (2012), antara golongan penduduk atau populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh HIV termasuklah wanita dan lelaki yang berumur 15 hingga 24 tahun, kanak-kanak, pendatang, dan golongan yang terdedah kepada penderaan dan diskriminasi. Sehubungan dengan itu, laporan 2008, Kementerian Kesihatan bersama-sama UNICEF, melaporkan  kes-kes HIV wanita di Malaysia telah menjadi isu kebimbangan dan keutamaan bagi kerajaan kerana golongan ini harus dilindungi daripada gejala penghantaran seksual HIV. Oleh itu, Pasukan Petugas Wanita, yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita bermatlamat untuk menangani faktor-faktor tingkah laku dan sosioekonomi. Selain itu sahaja, Pasukan ini turut bekerjasama dengan badan- badan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penduduk Negara, Lembaga Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam, Kementerian Penerangan dan badan- badan lain untuk menangani isu seperti kehamilan remaja, keganasan seksual, dan lain-lain.
Oleh itu, selepas timbulnya kesedaran tentang mencegah penghantaran seks HIV, peningkatan sebanyak 28.5 peratus pada tahun 2011 , iaitu pengurangan kes tersebut berbanding 22.6 peratus pada tahun 2008.


sumber : www.moh.gov.my/images/.../GLOBAL_AIDS_Endorsed_DG.pdf

No comments: