Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

26/07/2012

Kesan Buruk Penyalahgunaan Ubat Batuk

Seperti yang kita sedia maklum, ubat batuk digunakan bagi tujuan menyembuhkan sakit batuk yang berkahak ataupun tidak berkahak..persoalannya bagaimana pula jika kita mengambil ubat batuk melebihi dos yang disyorkan? Ya, sudah tentu ianya tidak baik untuk tubuh badan kita.

Isu kali ini telah menarik minat Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sarawak untuk sekali lagi berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai kesan buruk akibat menyalahgunakan ubat batuk...

Untuk pengetahuan semua, ubat batuk mengandungi dadah jenis penahan sakit yang dinamakan Kodeine.. akibatnya, individu yang sering mengambil ubat batuk melebihi dos yang disyorkan akan mengalami tanda-tanda yang berikut:
1.ketagihan atau lebih dikenali sebagai tolerans
2.kesan sampingan yang boleh menjejaskan tubuh badan kerana ubat batuk mampu;
-kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman dan buah pinggang. Selain itu, otot-otot badan juga mengecut.


Antara golongan yang akan menyalahgunakan ubat batuk adalah di kalangan pelajar yang merokok, pernah mengambil ganja, bekas penagih dan juga pelajar yang menghidu gam.

Menurut sumber: klik di sini....

Ubat batuk ini sangat membahayakan sekiranya ia digunakan secara haram iaitu melalui air minuman, dan makanan..

(gambar hiasan)


Kesimpulannya, ubat batuk yang digunakan secara berlebihan dan berterusan akan menyebabkan seseorang menjadi penagih. Sebaiknya, pihak farmasi dan sebagainya bertanggungjawab untuk mengawal pembelian ubat batuk ini terutamanya di kalangan pelajar dan sesiapa pun..

1 comment:

NizarParadigma said...

sahabat saya sudah mengalami ketagihan ubat batuk, apa patut saya buat?