Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

27/07/2012

Jangan Ambil Ubat Tidur!




(gambar hiasan)


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sarawak ingin berkongsi bersama semua pembaca mengenai informasi tentang ubat tidur. Menurut definisi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat tidur digunakan untuk menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur dan seterusnya membolehkan seseorang itu tidur seperti biasa.

Walaubagaimanapun, pengambilan ubat tidur yang berlebihan mampu menyebabkan pergantungan atau dinamakan tolerans apabila diambil pada masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kesan sampingan seperti mengantuk, pening kepala, kebergantungan dan sakit kepala. Oleh itu, ubat tidur harus diberhentikan penggunaannya jika kesan sampingan berterusan...


Kesimpulannya, cara- cara yang lebih baik untuk mendapatkan tidur yang baik, sebaiknya, sebelum tidur;
1. minumlah air suam dengan banyak, elakkan minuman seperti kopi, teh dan minuman keras di waktu malam
2. amalkan bersenam 2 kali seminggu
3.jauhkan daripada berasa tertekan dan stress
4.pastikan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
5.elakkan mengambil ubat tidur jika tidak pasti mengenai dos yang bersesuaian
6.akhir sekali, sentiasa berjumpa dengan doktor untuk meminta nasihat 


Cukup tidur, Otak lebih Cergas....:)

No comments: