Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak

17/08/2012

Memberi Sokongan Moral Adalah Lebih Baik Daripada Menghukum.

Bayangkan lah seorang anak kecil yang dengan tidak sengaja memecahkan pasu bunga ketika bermain, dia dihukum oleh ibunya..walhal perkara tersebut boleh diperbetulkan dengan memberitahu anak kecil itu supaya bermain dengan lebih berhati-hati supaya kejadian yang sama tidak berulang..

Begitu jugalah, apabila ibu bapa yang mendapati anak remaja mereka mulai ponteng sekolah, mengambil dadah mahupun menghidu gam, mereka menjadi marah dan bertindak untuk menuduh pihak lain yang menjadi punca kepada keadaan anak mereka..

Keruntuhan institusi keluarga atau pergolakan yang berlaku di kalangan ibu bapa sering menjadi punca anak remaja hilang arah tujuan malah sanggup melakukan sesuatu yang bodoh supaya boleh berasa lebih tenang..

Ibu bapa tidak perlu malu untuk membawa anak mereka untuk dirujuk ke pihak AADK dan seterusnya diajak untuk mengikuti sesi kaunselling,dan pada masa yang sama menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan.. 

No comments: