Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

30/07/2012

Klinik Cure & Care 1Malaysia


Jika pembaca sekalian merasakan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan mahupun teman sepejabat anda mempunyai masalah dadah, segeralah menghubungi Klinik Cure &Care di seluruh Sarawak iaitu Kuching, Miri, dan Sibu.

Untuk daerah Kuching yang terdapat klinik ini:

Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri
lot 337, seksyen 54, peti surat 2347,
Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak
No tel: 082-233540(am)
            082-422670(pengarah)
No faks: 082-422608
emel: aadk_nsarawak@yahoo.com
*klik pada gambar untuk membaca:))




Layari Facebook Cure & Care 1Malaysiauntuk maklumat lanjut...:))

01/07/2012

Program SHIELDS (2012) di Kem Sampadi, Lundu pada 27 hingga 30 Jun 2012


Kem Shields yang bertempat di Kem Sampadi, Lundu iaitu bermula pada 27 Jun hingga 30 Jun 2012, merupakan sebuah kem yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak iaitu Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sarawak. Kem ini melibatkan kumpulan sasaran iaitu pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 yang didapati positif dadah.

kem ini berobjektifkan, 


1) memberi kefahaman pengetahuan dn kesedaran tentang bahaya dadah dan kesan terhadap kesihatan.


2)memberi kemahiran untuk mengatakan tidak kepada dadah.


3)meningkatkan motivasi dan jatidiri murid untuk menjadi cemerlang.


4)memberi intervensi dan bimbingan supaya tidak terlibat dengan gejala negatif terutama dadah.


Sama-samalah kita berdoa supaya anak-anak ini nanti akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. :)

setibanya di kem Sampadi, Lundu:)

sesi bicara hati...penuh penghayatan.. 

sesi permainan di waktu petang...

jumpa lagi! :))