Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sarawak
Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

16/08/2012

Akibat Kecanggihan Teknologi

Walaupun hakikatnya, kita tidak dapat menafikan sumbangan teknologi di dalam kehidupan seharian kita, tetapi setiap apa yang berlaku ada baik buruk nya yang mana kita harus bijak menilai..Baru-baru ini,  Klik di sini : Berita Harian  melaporkan punca utama penagih dadah bertambah adalah disebabkan faktor kecanggihan teknologi. Menurutnya lagi, pengedar dadah mempelajari teknik membuat dadah melalui laman video seperti Youtube dan laman web lain (manual berformat Pdf), termasuklah ramuan-ramuan untuk menghasilkannya. Oleh itu, pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dan menghasilkan dadah buatan sendiri.


Perkara ini harus dipandang serius kerana ia boleh menjadi "trend" kepada pemuda - pemudi yang tidak matang terutamanya remaja, malah ini menyebabkan lebih banyak pengedar dadah "rancak" dalam menjalankan perniagaan mereka.

29/07/2012

Lagi Isu Steroid dalam Ubat-Ubatan?

layari : Temui steroid dalam ubat...

pembaca sekalian, berwaspadalah dengan penggunaan ubat-ubatan terutama sekali, anda HARUS pastikan ianya mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..

antara kesan daripada penyalahgunaan steroid?



26/07/2012

Kesan Buruk Penyalahgunaan Ubat Batuk

Seperti yang kita sedia maklum, ubat batuk digunakan bagi tujuan menyembuhkan sakit batuk yang berkahak ataupun tidak berkahak..persoalannya bagaimana pula jika kita mengambil ubat batuk melebihi dos yang disyorkan? Ya, sudah tentu ianya tidak baik untuk tubuh badan kita.

Isu kali ini telah menarik minat Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sarawak untuk sekali lagi berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai kesan buruk akibat menyalahgunakan ubat batuk...

Untuk pengetahuan semua, ubat batuk mengandungi dadah jenis penahan sakit yang dinamakan Kodeine.. akibatnya, individu yang sering mengambil ubat batuk melebihi dos yang disyorkan akan mengalami tanda-tanda yang berikut:
1.ketagihan atau lebih dikenali sebagai tolerans
2.kesan sampingan yang boleh menjejaskan tubuh badan kerana ubat batuk mampu;
-kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman dan buah pinggang. Selain itu, otot-otot badan juga mengecut.


Antara golongan yang akan menyalahgunakan ubat batuk adalah di kalangan pelajar yang merokok, pernah mengambil ganja, bekas penagih dan juga pelajar yang menghidu gam.

Menurut sumber: klik di sini....

Ubat batuk ini sangat membahayakan sekiranya ia digunakan secara haram iaitu melalui air minuman, dan makanan..

(gambar hiasan)


Kesimpulannya, ubat batuk yang digunakan secara berlebihan dan berterusan akan menyebabkan seseorang menjadi penagih. Sebaiknya, pihak farmasi dan sebagainya bertanggungjawab untuk mengawal pembelian ubat batuk ini terutamanya di kalangan pelajar dan sesiapa pun..

09/07/2012

Isu ponteng sekolah lagi

Semakin hari semakin kita didedahkan dengan isu ponteng di kalangan remaja sekolah. Jika keadaan seperti ini terus dibiarkan, tidak mustahil kadar jenayah di kalangan remaja juga meningkat.

Masyarakat kini pula semakin bijak, kerana terus membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya pelajar-pelajar sekolah ini tidak dibiarkan terus kerana masih ramai ibu bapa yang tidak tahu jika anak mereka berada di sekolah ataupun tidak.

 (gambar hiasan)
Natijahnya, ibu bapa sangat memainkan peranan dalam memantau hala tuju anak-anak mereka selain bekerjasama dengan pihak sekolah iaitu guru bagi memantau tingkah laku anak mereka.

Walaubagaimanapun, menurut sumber, pada tahun 2012 telah mencatatkan kadar masalah salah laku pelajar masih terkawal ; KLIK


layari: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/1769-salah-laku-pelajar-perlu-perhatian-serius-

08/07/2012

Ketagihan Menghidu Gam Membimbangkan

Selain harga nya murah, remaja terutamanya menjadikan kegiatan menghidu gam sebagai salah satu aktiviti untuk merasa khayal. Menghidu gam pada peringkat awal umur sangat merbahaya kerana bahan kimia yang terkandung di dalam gam tersebut selain berpotensi mengakibatkan kerosakan otak dan maut.

Bagaimanakah tindakan Kementerian yang mana mengadakan program bagi mencegah remaja di bawah umur untuk membeli gam? Atau guru-guru mengambil tindakan yang lebih tegas jika anak muridnya menghidu gam di kawasan sekolah? Contoh artikel boleh dilihat seperti pautan laman web di bawah..
(gambar hiasan)


layari : http://sriamannews.blogspot.com/2011/03/pemuda-hidu-gam-di-tempat-terbuka.html

Masihkah bangsa kita menjadi hamba Dadah??

Mampukah institusi kekeluargaan menjadi medium supaya penagihan dadah ini dapat dibanteras sepenuhnya?
Menurut sumber pada tahun 2012, berita mencatatkan peratusan kaum Melayu masih sangat tinggi dan diikuti yang lain-lain, walhal pelbagai program dan undang-undang telah digubal dengan harapan negara kita bebas daripada dadah...layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut..



Layari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenapaMelayuterusjadihambadadah_/Article

" Malaysian drug mules?"

Fenomena "Malaysian drug mules." Persoalannya, adakah masyarakat kita kini melakukannya dengan sedar ataupun di luar sedar dan siapa yang harus dipersalahkan?












"Kerana cinta, diri merana..."


Layari: http://www.europe-asia-documentary.com/2012/05/drug-mules-share-their-story-new-strait-times/

07/07/2012

Tahukah Anda?

"Selain keldai dadah, sindiket turut menggunakan barangan pengguna untuk mengaburi jenayah...."


  • Foto
  • Foto
    Pegawai kastam China menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam kain
layari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sorokdadah/Article/index